29 August 2007

PORTAL MALAYSIA MERDEKA...Sambutan Kemrdekaan ke-50

PORTAL KEMERDEKAAN MALAYSIA


layari portal ini yang penuh dengan informasi berkaitan Malaysia meliputi kemerdekaan,kenegaraan dan pelbagai video,audio dan gambar boleh didapati. Laman ini dibangunkan oleh kerajaan Malaysia. Klik disini untuk ke laman tersebut

pengesahan masuk peperiksaan

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2007/2008


Layari laman smpweb bermula 3 September hingga 9 September 2007 untuk melakukan pengesahan masuk peperiksaan. untuk melakukan pengesahan sila klik disini

21 August 2007

Bengkel ICT 2007

BENGKEL ICT 2007




Biro ICT dan Penerbitan akan mengadakan Bengkel ICT 2007 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 8 September 2007-Sabtu
Masa:11.00 Pagi
Tempat: PTSL,UKM

Bengkel ini akan memberi tumpuan kepada penggunaan perisian microsoft office, pembinaan laman web dan pencarian jurnal/bahan bacaan dll. Semua mahasiswa KTHO digalakkan untuk menyertai bengkel ini. Pendaftaran secara online dibuka sekarang. Tempat adalah terhad dan bengkel ini adalah percuma

Untuk pendaftaran online sila klik di sini

atau klik menu pendaftaran online. terima kasih

19 August 2007

Sepintas Lalu Sejarah Kemerdekaan...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui. Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hasilnya PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Kini setelah 50 tahun merdeka daripada cengkaman penjajah, Malaysia sedang mara untuk mencapai wawasannya sebagai negara maju pada tahun 2020 malah lebih dari itu. Kepimpinan lima perdana Menteri perlu dikenang dengan semangat patriotik yang tinggi dan berusaha mempertahankan aksara merdeka ini melalui perpaduan dan kecemerlangan diri bangsa Malaysia. MALAYSIAKU GEMILANG.