26 July 2008

Minggu Gugur Kursus

MINGGU GUGUR KURSUS

21 JULAI hingga 3 Ogos 2008

Layari SMPWEB

20 July 2008

KTHO JOHAN FESTIVAL TEATER UKM 2008

TAHNIAh!!!

kelab teater PERSADA KTHO berjaya menjadi JOHAN FESTIVAL TEATER UKM 2008 mengalahkan 7 Kolej lain...disamping itu, KTHO juga berjaya menggondol anugerah PELAKON LELAKI Dan WANITA TERBAIK TEATER.

14 July 2008

Permohonan ID Rangkaian Kolejnet



Adalah dimaklumkan mulai sesi 2008/2009, penggunaan rangkaian menggunakan wayar ( wired ) atau tanpa wayar ( wireless )di asrama-asrama kolej akan menggunakan DHCP bagi menggantikan penggunaan ip statik sebelum ini. Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti:

1. Pengguna perlu mendaftar secara online untuk mendapatkan username and Password.
2. Pengguna perlu konfigurasi dhcp di pc/notebook yang digunakan.
3. Pendaftaran yang dibenarkan hanya sekali sahaja.

Asrama-asrama kolej yang terlibat untuk sambungan menggunakan wayar ( wired ):
* Kolej A ( Dato Onn )
* Kolej B ( Aminuddin Baki )
* Kolej C ( Ungku Omar)
* Kolej D ( Burhanuddin Helmi)
* Kolej E ( Ibrahim Yaakob)
* Kolej Z ( Hussien Onn)

Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan wireless, kolej yang terlibat :
* Kolej A ( Dato Onn )
* Kolej Z ( Hussien Onn)

PENDAFTARAN KLIK DISINI

Festival Teater UKM 2008

Festival Teater UKM 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)UKM akan menganjurkan "Festival Teater UKM 2008" pada 17 hingga 20 Julai 2008 bertempat di Panggung Seni, DECTAR UKM dan masa pementasan ialah pada pukul 2.00 petang dan 8.30 malam setiap hari. Festival yang akan berlangsung selama 4 hari itu akan memperlihatkan persembahan dari 8 buah kolej yang akan bertanding iaitu :

1. Kolej Keris Mas
2. Kolej Tun Syed Nasir
3. Kolej Burhanuddin Helmi
4. Kolej Pendita Zaaba
5. Kolej Dato' Onn
6. Kolej Ungku Omar
7. Kolej Aminuddin Baki
8. Kolej Tun Hussien Onn-20 JULAI 2008

Semua warga KTHO dijemput hadir.

01 July 2008

PERMOHONAN IP ADDRESS BG LAPTOP DAN DESKTOP

Kepada mahasiswa/i yang ingin menggunakan kemudahan internet broadband di dalam bilik anda sila daftarkan komputer anda di alamat ini
http://rangkaian.ukm.my/ipkolej/