24 February 2009

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2008-2009

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pendaftaran Awal Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 30 Mac – 12 April 2009.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar program Ijazah Pertama adalah disyaratkan untuk
membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester 2 Sesi Akademik 2008-
2009 terlebih dahulu menerusi laman web http:www.ukm.my/smpweb mulai 23 Mac
hingga 12 April 2009 sebelum membuat pendaftaran awal kursus.
Sukacita juga diingatkan bahawa kegagalan saudara/i membuat penilaian pengajaran kursus
akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan membuat pendaftaran awal dan seterusnya
PTPTN saudara/i bagi Semester 1, 2009-2010 akan disekat.
Selain itu, saudara/i juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00 sebagai denda lewat
mendaftar kursus dan hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 pada 6 Julai 2009.

PENYEDIAAN GAMBAR BAKAL GRADUAN UNTUK SISTEM KAD PINTAR MAJLIS KONVOKESYEN 2009 DAN BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir prasiswazah yang akan bergraduat pada
tahun 2009 perlu menghantar gambar masing-masing melalui e-mel ke alamat
graduan2009@ukm.my bermula 22 Januari 2009 hingga 30 Jun 2009. Ciri-ciri gambar
adalah seperti berikut:
1. Gambar berukuran 158 px @5.57 cm X 121 px @ 4.27 cm
2. Namakan gambar tersebut dengan no. matrik (cth: A106443.jpg)
3. Format gambar jpg
4. Tajuk Emel: Gambar Bakal Graduan 2009 (No. Matrik Pelajar)
Cth: Gambar Bakal Graduan 2009 (A106443)
5. Gambar Warna

Gambar yg tidak diterima.

1. Tidak mengikuti spesifikasi pekeliling
2. Gambar tidak ada atau tidak dihantar dalam bentuk .jpg
3. Tidak disertakan nombor matrik. cth: A106443.jpg (nomatrik)
4. Latarbelakang tidak mengikuti ciri-ciri passport
5. Gambar tidak berkualiti

Latarbelakang buku, gambar menyeget, hitam puith, latar belakang pemandangan, latar belakang hitam atau terlampau gelap, latar belakang merah, gambar terlalu kecil, saiz gambar terlalu besar.