Tarikh: 1- 2 Mac 2008
Tempat: DECTAR
Anjuran: Kolej Tun Hussein Onn, UKM
Sila klik untuk maklumat lanjut.
Semua dijemput hadir.
23 January 2008
| [+/-] |
KONSERT AMAL SENI ISLAM UKM |
| [+/-] |
Gangguan Rangkaian Internet UKM |
Adalah dimaklumkan bahawa rangkaian internet di UKM khasnya di KTHO mengalami gangguan rangkaian untuk tempoh yang tidak dapat ditetapkan. Pihak Webmaster memohon maaf di atas kurangnya "update" bagi blog ini disebabkan masalah tersebut
02 November 2007
| [+/-] |
Kajian Reputasi Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
Kajian MQA Dapati Tidak Ada Universiti Capai Tahap Terbilang
PUTRAJAYA, 2 Nov (Bernama) -- Kajian reputasi akademik sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dijalankan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menunjukkan bahawa tidak ada universiti dalam negara yang mencapai tahap terbilang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun menurutnya istilah terbilang yang dimaksukan oleh kajian itu mungkin merujuk kepada taraf dunia, dan setakat ini tidak ada universiti dalam negara yang mencapai tahap itu.
Katanya kajian reputasi itu dijalankan oleh MQA, yang dulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), terhadap 17 IPTA yang melibatkan 272 penyertaan dan respons dari 242 responden di kalangan IPTA, universiti peringkat Asean, majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Maknanya mengikut persepsi responden, tidak ada universiti dalam negara yang mencapai status terbilang bertaraf dunia. Tapi ini persepsi mengikut kaji selidik, ia sebenarnya sesuatu yang subjektif, dan berdasarkan kepada pendapat semata-mata," katanya kepada pemberita selepas mengisytiharkan penubuhan MQA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Menurutnya kajian itu merujuk kepada 10 soalan penilaian yang berhubung dengan aspek-aspek berkaitan kualiti sesebuah universiti, antaranya kualiti penyelidikan, reputasi tenaga akademik fakulti, universiti yang menjadi pilihan pelajar, kualiti program akademik dan kualiti graduan.
Mustapa berkata pada umumnya tahap kualiti IPTA dalam negara adalah baik, tetapi banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki bagi meningkatkan mutu pengajian tinggi negara.
Beliau berkata kajian yang bermula sejak Ogos tahun lepas hingga Julai lalu itu mendapati ramai responden meletakkan Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahap cemerlang, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahap baik.
Bagi kategori reputasi tenaga akademik fakulti pula, UM dan USM (Cemerlang) manakala UIA, UKM, UPM dan UTM (Baik); universiti yang menjadi pilihan pelajar ialah UM dan USM (Cemerlang) manakala UIA, UKM, UPM, UTM, UiTM dan UUM (Baik); dan kualiti graduan pula merujuk kepada UIA, UiTM, UKM, UM, UPM, USM, UTM dan UUM (Tahap Baik).
Mustapa berkata kajian untuk menaraf IPTA sedang dijalankan oleh MQA yang bertujuan untuk mengukur kualiti pengajian tinggi dalam usaha meletakkan IPTA tempatan sebagai universiti bertaraf antarabangsa.
"Ini penting kerana kerajaan nak tahu setakat mana mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan," katanya.
Beliau berkata penilaian dibuat mengikut amalan terbaik antarabangsa yang diubah suai mengikut keperluan negara dan IPTA dibahagikan kepada tiga kategori iaitu universiti penyelidikan, universiti pengkhususan dan `broad-based university'.
Katanya penarafan IPTA yang menggunakan data tahun lepas sedang dijalankan dan keputusannya dijangka akan diumumkan pada awal tahun depan.
-- BERNAMA
30 October 2007
| [+/-] |
PENGUMUMAN PENGINAPAN PELAJAR |
PENGUMUMAN PENGINAPAN PELAJAR<
1. PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2007/2008
• Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 7 November 2007
• Selepas tarikh ini, anda dikenakan denda sebanyak RM25.00 kerana lewat membuat
pengesahan.
2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2007/2008
• Pelajar yang tamat mengikuti latihan industri dan tinggal di luar asrama, sila buat
permohonan mulai 7 hingga 21 November 2007.
• Keputusan boleh disemak mulai 17 November 2007.
3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR
SEMESTER 1 (SEMESTER 5) SESI 2007/2008.
• Pelajar diminta mengosongkan bilik pada 24 November 2007.
• Permohonan penginapan luar semester mulai 1 hingga 15 November 2007.
• Pendaftaran masuk mulai 24 dan 25 November 2007.
SEMUA PERMOHONAN HENDAKLAH MELALUI LAMAN WEB :
http://www.ukm.my/upp
08 October 2007
| [+/-] |
Tarikh Operasi Kafe Kolej Tun Hussein Onn |
TARIKH OPERASI KAFE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
- Tarikh ditutup sempena Hari raya: 10 Oktober 2007
- Tarikh dibuka semula : 20 Oktober 2007













