Dimaklumkan kepada semua pelajar yang berminat untuk tinggal di kolej-kolej kediaman diharap dapat berbuat demikian pada tarikh berikut : 2 - 13 MAc 2009
Semua permohonan hendaklah melalui www.ukm.my/upp
01 March 2009
| [+/-] |
PERMOHONAN TINGGAL DI KOLEJ SEMESTER 1 SESI 2009/2010 |
24 February 2009
| [+/-] |
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2008-2009 |
Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 30 Mac – 12 April 2009.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar program Ijazah Pertama adalah disyaratkan untuk
membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester 2 Sesi Akademik 2008-
2009 terlebih dahulu menerusi laman web http:www.ukm.my/smpweb mulai 23 Mac
hingga 12 April 2009 sebelum membuat pendaftaran awal kursus.
Sukacita juga diingatkan bahawa kegagalan saudara/i membuat penilaian pengajaran kursus
akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan membuat pendaftaran awal dan seterusnya
PTPTN saudara/i bagi Semester 1, 2009-2010 akan disekat.
Selain itu, saudara/i juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00 sebagai denda lewat
mendaftar kursus dan hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 pada 6 Julai 2009.
| [+/-] |
PENYEDIAAN GAMBAR BAKAL GRADUAN UNTUK SISTEM KAD PINTAR MAJLIS KONVOKESYEN 2009 DAN BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR |
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir prasiswazah yang akan bergraduat pada
tahun 2009 perlu menghantar gambar masing-masing melalui e-mel ke alamat
graduan2009@ukm.my bermula 22 Januari 2009 hingga 30 Jun 2009. Ciri-ciri gambar
adalah seperti berikut:
1. Gambar berukuran 158 px @5.57 cm X 121 px @ 4.27 cm
2. Namakan gambar tersebut dengan no. matrik (cth: A106443.jpg)
3. Format gambar jpg
4. Tajuk Emel: Gambar Bakal Graduan 2009 (No. Matrik Pelajar)
Cth: Gambar Bakal Graduan 2009 (A106443)
5. Gambar Warna
Gambar yg tidak diterima.
1. Tidak mengikuti spesifikasi pekeliling
2. Gambar tidak ada atau tidak dihantar dalam bentuk .jpg
3. Tidak disertakan nombor matrik. cth: A106443.jpg (nomatrik)
4. Latarbelakang tidak mengikuti ciri-ciri passport
5. Gambar tidak berkualiti
Latarbelakang buku, gambar menyeget, hitam puith, latar belakang pemandangan, latar belakang hitam atau terlampau gelap, latar belakang merah, gambar terlalu kecil, saiz gambar terlalu besar.
15 February 2009
| [+/-] |
Pelajar Semester akhir |
SERAHAN RESUME DALAM BENTUK SOFTCOPY
Sila serahkan resume anda dalam bentuk softcopy (save attachment resume dalam Microsoft Words sahaja) kepada resume.ukm@gmail.com selewat-lewatnya pada 31 Mac 2009. Sila save tajuk resume dan email anda dengan memberi nama, fakulti, program (secara ringkas) dan pngk terkini untuk memudahkan pihak kami mengasingkan resume anda mengikut program. Contoh :-
Nama: Siti Maisara Binti Ahmad Johari
Fakulti: Ekonomi dan Perniagaan
Program & pengkhususan: Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Perakaunan)
PNGK (CGPA) terkini: 4.00
Sila “Save attachment resume” dan tajuk emel anda dengan format: Siti FEP Perakaunan 4.00
13 February 2009
| [+/-] |
Pengesahan Peperiksaan |
Pengesahan peperiksaan semester 2 2008/2010 bermula pada 23 Mac 2009. Sila sahkan untuk mengelakkan anda didenda dan mendapat gred E. layari SMPWEB













