sila klik di sini
23 December 2008
19 December 2008
[+/-] |
Check-in kolej |
Check-in penginapan kolej semester 2 2008/2009 bermula pada 28 Disember 2008. harap maklum
27 November 2008
[+/-] |
BAKTI SISWA II 2009-Jom ke Universiti |
Kejayaan penganjuran program Bakti Siswa I di Sekolah Tinggi Kluang pada 19-20 Ogos 2008 lalu telah memberi inspirasi kepada Biro Alumni dan Hubungan Luar KTHO untuk meneruskan kelansungan program ini dalam Bakti Siswa II dengan temanya : Jom Ke Universiti.
Program yang bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 bakal melibatkan lebih daripada 80 orang pelajar dan 5o orang fasilitator.
Program kali ini akan diadakan di KTHO selaras dengan hasrat penganjur untuk memberi suasana serta pendedahan lam kampus kepada para warga pelajar Sekolah Tinggi kluaang yg merupakan Sekolah angkat KTHO.
Doakan kejayaan program ini demi kegemilangan serta kejayaan kita anak bangsa Malaysia.
Pengenalan
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) di bawah Biro Alumni dan Hubungan Luar telah mengadakan satu program yang berunsurkan tanggungjawab sosial iaitu Program Bakti Siswa I pada 19-21 September 2008 yang lepas. Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan. Ia merupakan satu program yang melibatkan ahli Biro Alumni dan Hubungan Luar serta para pelajar di Sekolah Tinggi Kluang. Program ini telah mendapat sambutan positif dan dilihat sebagai satu langkah kearah mengeratkan hubungan diantara pelajar universiti dengan ahli masyarakat.
Oleh itu atas maklum balas yang positif diatas program Bakti Siswa tersebut kami dari Biro Alumni dan Hubungan Luar ingin mengadakan kesinambungan program Bakti Siswa tersebut dengan mengadakan Program Bakti Siswa II, ianya bermatlamat untuk memperkenalkan Universiti kepada para pelajar Sekolah Tinggi Kluang disamping dapat memperkenalkan Universiti Kebangsaan Malaysia kepada masyarakat luar dan program ini juga bermatlamat untuk menyediakan dan melatih ahli Biro Alumni dan Hubungan Luar tentang pengalaman berorganisasi dan betapa pentingnya penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kolej yang telah diadakan sepanjang sesi pengajian. Mereka telah didedahkan dengan struktur organisasi kolej yang sebenar agar mereka dapat mengenali dengan lebih dekat pentadbiran kolej dan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan agar segala pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan baik dan berkualiti untuk kepentingan semua pihak.
Dalam usaha mencapai objektif program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan di mana ianya melibatkan penyertaan daripada ahli Biro Alumni dan Hubungan Luar yang menjadi fasilitator serta para peserta yang terdiri daripada para pelajar di Asrama Sekolah Tinggi Kluang,Johor
Justeru itu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) sesi 2008/2009 dibawah kendalian Biro Alumni dan Hubungan Luar telah menyahut cabaran dan amanah ini dengan jayanya bersesuaian dengan slogannya ”Jom Ke Universiti”
1.0 MATLAMAT
4.1 Membantu dan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada setiap peserta program ke arah kecemerlangan
4.2 Merapatkan silaturrahim antara pelajar khasnya dan universiti amnya dengan masyarakat
4.3 Memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk meluaskan hubungan di luar universiti serta menambah pengalaman hidup
2.0 OBJEKTIF
5.1 Sebagai salah satu tanggungjawab sosial sebagai pelajar universiti terhadap ahli masyarakat
5.2 Membantu serta memberi bimbingan terhadap pelajar ke arah kecemerlangan
5.3 Merapatkan hubungan antara pelajar khasnya dan universiti amnya dengan masyarakat (sekolah) sebagai tempat bermula lahirnya insan cemerlang
5.4 Memberi pengalaman kepada mahasiswa untuk meluaskan hubungan di luar universiti disamping mencurahkan pengalaman dan bakti
3.0 TEMA
“Jom Ke Universiti”
4.0 ANJURAN
Biro Alumni dan Hubungan Luar
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Hussein Onn,Universiti Kebangsaan Malaysia
5.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT) – 18 JANUARI 2009 (AHAD)
Masa : 8.00 PAGI HINGGA 11 MALAM
6.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan adalah Universiti Kebangsaan
7.0 CADANGAN PERASMI
i. Perasmi Pembukaan
· Lt. Kol Dr. Mohamad Nasir Bin Saludin , Pengetua Kolej Tun Hussein Onn.
ii. Perasmi Penutup
· Prof. Dato’ Dr. Mohd. Wahid Bin Samsudin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni , Universiti Kebangsaan
8.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
· Jumlah Peserta : 100 orang pelajar Sekolah Tinggi Kluang, Johor
· Jumlah Fasilitator : 50 ahli Biro Alumni dan Hubungan Luar KTHO
· Jumlah Pengiring : 2
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM BAKTI SISWA II
Penaung
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi (UNIVERSITI)
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin
Timbalan Baib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Shaharudin Ahmad
Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar, UKM
Penasihat
Lt. Kol. Dr. Mohamad Nasir Saludin
Pengetua Kolej Tun Hussein Onn, UKM
Pengerusi (JAKSA)
Rabiatul Munirah Alpandi (FST/2)
0177230895
Ketua Pengarah
Ebby Efrizal Mortadza (FST/3)
0177734607
Timbalan Pengarah
Mohd Adil Hakam Osman (FST/1)
0176831651
Setiausaha
Nur Farahhana Yusof (FKEJ/2)
0179525267
Bendahari
Nabilah Ab Jalal (FSSK/2)
0179188680
Pengarah Program & Modul : Muhammad Syafiq Sidek(FKEJ/1)
Timbalan Program & Modul : Nurul Fatihah Mohd. Jamil Chew (FST/1)
Pengarah Logistik & Peralata : Nur Afiyas Daud (FEP/1)
Pengarah Jamuan : Jamilah Jamaluddin (FST/1)
Timbalan Jamuan : Fatimah Ahmed (FSSK/1)
Pengarah Cenderamata & Sijil : Nurul Asyikin Abd Razak (FEP/1)
Timbalan Cenderamata & Sijil : Nada Nadhirah Wahilman (FEP/1)
Pengarah Disiplin : Mohd Naim Muhammad (FST/1)
Pengarah Dokumentasi : Norkhairul Mohd Noor (FPEND/4)
Pengarah Teknikal : Mohammad Hakimy Jury (FST/1)
Pengarah Keselamatan & Pengangkutan : Abd Hadi Abd Rahim (FST/1)
Pengarah Lawatan : Asrinna Ow Jefree Ow (FST/1)
Pengarah Protokol : Siti Nur Hana Yahaya (FEP/1)
Timbalan Protokol : Nurul Shuhada Haris (FSSK/1)
TENTATIF PROGRAM
16 Januari 2009 ( Jumaat )
Masa | Program |
1200 -1300 | Peserta Tiba di UKM |
1300 –1400 | Solat Jumaat |
1400 –1500 | Pendaftaran Peserta |
1500 –1530 | Ucapan Selamat Datang dan Taklimat Di Dataran Pahlawan |
1530 –1900 | Lawatan Ke Fakulti dan sekitar Universiti |
1800 –1900 | Makan Malam-Urus diri |
1900 –2050 | Solat Manghrib-Kuliah Maghrib-Solat Isyak |
2050 –2100 | Urus Diri |
2100 –2300 | Ceramah: Mengilhamkan harapan mencipta masa hadapan Encik Othman Bin Abdullah Ketua Unit Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia. |
2300 –2330 | Minum Malam |
2330 | Tidur |
17 Januari 2009 ( Sabtu )
Hutan Pendidikan Alam,UKM
Masa | Program |
0445 - 0700 | Bangun /Urus Diri -Bersiap Solat Subuh berjemaah-Kuliah Subuh |
0700 – 0710 | Bersiap untuk Riadah |
0710 – 0800 | J - Robik |
0800 - 0830 | Urus diri-Sarapan Pagi |
0830 – 1200 | LDK 1: Ice Breaking LDK 2:Meniti Cabaran (Hutan Pendidikan Alam) |
1200 – 1430 | Makan Tengahari-urus diri – Solat Zohor |
1430 – 1630 | LDK 3: Disiplin Asas Kejayaan |
1630 - 1700 | urus diri – Solat Asar-Minum petang |
1700 - 1800 | Riadah |
1830 – 1900 | Makan Malam-Urus diri |
1900- 2050 | Solat Maghrib-kuliah Maghrib – Solat Isyak |
2050 – 2100 | Urus diri |
2100 - 2230 | LDK 4: Matlamat dan masa hadapan |
2230 – 2300 | Minum Malam |
2300 | Tidur |
19 Januari 2009 ( Ahad )
Masa | Program |
0445 - 0700 | Bangun /Urus Diri -Solat Subuh berjemaah-Kuliah Subuh |
0700 – 0710 | Bersiap untuk Riadah |
0710 – 0800 | J - Robik |
0800 - 0830 | Sarapan-Urus diri |
0830 – 1200 | Lawatan ke Kuala Lumpur (PETROSAINS KLCC)-Mkn tengah hari |
1500 – 1630 | Majlis Penutup-minum petang |
1630 | Check out ( Peserta) |
· Tertakluk kepada prubahan dan pindaan
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta
Biro Alumni dan Hubungan Luar,
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Hussein Onn
Universiti Kebangsaan
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Rabiatul Munirah – 0177230895)
Tel : 03-89213157 (Pejabat Kolej)
Faks : 03-89213158
E-mel : iera_2r@yahoo.com / ebbyefrizal@yahoo.com
Laman Web :www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com