Mesej Naib Canselor - Universiti APEX
Kepada semua warga UKM yang dihormati. Sebagaimana yang dimaklumi, UKM telah tidak terpilih untuk menyertai program APEX untuk kali ini. Saya berharap keputusan ini tidak sekali-kali mengurangkan semangat kita, malah akan membakar semangat kita untuk terus berusaha mencapai sasar prestasi yang telah kita tetapkan sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul. Keputusan tersebut bukan bermakna kita tidak cemerlang bahkan anggaplah sebagai iktibar bagi kita terus menambaik perancangan dan pelaksanaan ke arah kegemilangan. Kita mempunyai kecerdikan. Kita mempunyai kepandaian. Bersama berikhtiar mara ke hadapan. Beriktikad UKM mampu capai kejayaan.
Naib Canselor
(ewarga/bul/bil.04092008-20)