PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTUPEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester ISesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 26 Oktober hingga 13 November2009.Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalamurusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester I SesiAkademik 2009-2010. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perludibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 31 Ogos hingga 6 September2009. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/idaftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemakmaklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukanialah seperti berikut:a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadualpeperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekanbutang Sah.b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursusberturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butangBahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Silacatatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borangtersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian PengurusanAkademik selewat-lewatnya pada 8 September 2009.Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadapmaklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betuldan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebutsaudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahanjuga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAN a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i aBahagian Pengurusan Akademik ● Academic Management SectionPemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006Winner of Prime Minister’s Quality Award 2006Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaTelefon: 03-8921 5337/ 5038/5335 Faksimili: 03-8925 0662 Laman web: www.ukm.myMel-e: akad@pkrisc.cc.ukm.myJadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan JadualPeperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai5 Oktober 2009. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang denganUniversiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyaimasalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang denganBahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagimemastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.
27 August 2009
[+/-] |
|
14 March 2009
[+/-] |
PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI AKADEMIK 2009-2010 |
Sila klik untuk keterangan lanjut
[+/-] |
Makluman Gambar Pelajar di SMPWEB |
Semua pelajar kecuali pelajar tahun akhir yang tiada gambar di SMPWEB diminta menghantar gambar berukuran pasport ke kaunter Pusat Teknologi Maklumat atau email ke smpweb@ptm.ukm.my.
Sila nyatakan no. matrik di email atau di belakang gambar sekiranya menghantar gambar di kaunter PTM.
01 March 2009
[+/-] |
PERMOHONAN TINGGAL DI KOLEJ SEMESTER 1 SESI 2009/2010 |
Dimaklumkan kepada semua pelajar yang berminat untuk tinggal di kolej-kolej kediaman diharap dapat berbuat demikian pada tarikh berikut : 2 - 13 MAc 2009
Semua permohonan hendaklah melalui www.ukm.my/upp
24 February 2009
[+/-] |
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2008-2009 |
Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 30 Mac – 12 April 2009.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar program Ijazah Pertama adalah disyaratkan untuk
membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester 2 Sesi Akademik 2008-
2009 terlebih dahulu menerusi laman web http:www.ukm.my/smpweb mulai 23 Mac
hingga 12 April 2009 sebelum membuat pendaftaran awal kursus.
Sukacita juga diingatkan bahawa kegagalan saudara/i membuat penilaian pengajaran kursus
akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan membuat pendaftaran awal dan seterusnya
PTPTN saudara/i bagi Semester 1, 2009-2010 akan disekat.
Selain itu, saudara/i juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00 sebagai denda lewat
mendaftar kursus dan hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 pada 6 Julai 2009.
[+/-] |
PENYEDIAAN GAMBAR BAKAL GRADUAN UNTUK SISTEM KAD PINTAR MAJLIS KONVOKESYEN 2009 DAN BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR |
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir prasiswazah yang akan bergraduat pada
tahun 2009 perlu menghantar gambar masing-masing melalui e-mel ke alamat
graduan2009@ukm.my bermula 22 Januari 2009 hingga 30 Jun 2009. Ciri-ciri gambar
adalah seperti berikut:
1. Gambar berukuran 158 px @5.57 cm X 121 px @ 4.27 cm
2. Namakan gambar tersebut dengan no. matrik (cth: A106443.jpg)
3. Format gambar jpg
4. Tajuk Emel: Gambar Bakal Graduan 2009 (No. Matrik Pelajar)
Cth: Gambar Bakal Graduan 2009 (A106443)
5. Gambar Warna
Gambar yg tidak diterima.
1. Tidak mengikuti spesifikasi pekeliling
2. Gambar tidak ada atau tidak dihantar dalam bentuk .jpg
3. Tidak disertakan nombor matrik. cth: A106443.jpg (nomatrik)
4. Latarbelakang tidak mengikuti ciri-ciri passport
5. Gambar tidak berkualiti
Latarbelakang buku, gambar menyeget, hitam puith, latar belakang pemandangan, latar belakang hitam atau terlampau gelap, latar belakang merah, gambar terlalu kecil, saiz gambar terlalu besar.
15 February 2009
[+/-] |
Pelajar Semester akhir |
SERAHAN RESUME DALAM BENTUK SOFTCOPY
Sila serahkan resume anda dalam bentuk softcopy (save attachment resume dalam Microsoft Words sahaja) kepada resume.ukm@gmail.com selewat-lewatnya pada 31 Mac 2009. Sila save tajuk resume dan email anda dengan memberi nama, fakulti, program (secara ringkas) dan pngk terkini untuk memudahkan pihak kami mengasingkan resume anda mengikut program. Contoh :-
Nama: Siti Maisara Binti Ahmad Johari
Fakulti: Ekonomi dan Perniagaan
Program & pengkhususan: Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Perakaunan)
PNGK (CGPA) terkini: 4.00
Sila “Save attachment resume” dan tajuk emel anda dengan format: Siti FEP Perakaunan 4.00
13 February 2009
[+/-] |
Pengesahan Peperiksaan |
Pengesahan peperiksaan semester 2 2008/2010 bermula pada 23 Mac 2009. Sila sahkan untuk mengelakkan anda didenda dan mendapat gred E. layari SMPWEB
02 February 2009
01 February 2009
31 January 2009
[+/-] |
Penghargaan |
Pihak Jawatankuasa Bakti Siswa II 2009,ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepasa semua AJK BAKTI SISWA II KOLEJ TUN HUSSEIN ONN, yang telah banyak bekorban demi kelancaran program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pentadbiran KTHO, para FELO, JAKSA dan para Penaja yang telah memberi sumbangan kewangan dan idea hingga membolehkan program ini mencapai objektifnya.
Sekian, terima kasih.
Ebby Efrizal Mortadza
Ketua Pengarah
Bakti Siswa II, Kolej Tun Hussien Onn, UKM
11 January 2009
[+/-] |
Gangguan Bekalan Air di Seluruh Kawasan UKM |
Gangguan Bekalan Air di Seluruh Kawasan UKM
Dimaklumkan pada 12 & 13 Januari 2009 (Isnin dan Selasa) akan berlaku gangguan bekalan air di seluruh kawasan UKM kerana kerja penyelenggaraan yang dijalankan Syabas Berhad. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zolkefli Mohamed (012-3470037) dan Tn. Hj. Abu Yamin (019-6620061) Segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali.
05 January 2009
[+/-] |
|
SEMESTER 2, 2008-2009
* Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pensyarah jika nama pelajar tidak dimasukkan/ tercicir daripada SMP.
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar UKM
30/12/2008 - 11/1/2009
(2 minggu)
Gugur/ Tambah kursus
__________________________________________
12/1/2008 – 25/1/2009
(2 minggu)
Gugur kursus
__________________________________________
26/1/2009 – 22/2/2009
(4 minggu)
Tarik diri kursus
__________________________________________
26/1/2009 – 1/2/2009
(1 minggu)
Pengesahan pendaftaran kursus *
__________________________________________
23/2/2009 – 29/3/2009
(1 minggu)
Pengesahan Masuk Peperiksaan Akhir
__________________________________________
20/4/2009 – 10/5/2009
(3 minggu)
Peperiksaan Akhir Semester