Menu Utama

KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...


jika anda tidak mendegar radio ini secara auto, sila klik jaringan RADIO MIDAS di jaringan di web ini.Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...

19 August 2007

Sepintas Lalu Sejarah Kemerdekaan...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui. Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hasilnya PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Kini setelah 50 tahun merdeka daripada cengkaman penjajah, Malaysia sedang mara untuk mencapai wawasannya sebagai negara maju pada tahun 2020 malah lebih dari itu. Kepimpinan lima perdana Menteri perlu dikenang dengan semangat patriotik yang tinggi dan berusaha mempertahankan aksara merdeka ini melalui perpaduan dan kecemerlangan diri bangsa Malaysia. MALAYSIAKU GEMILANG.

1 comment:

Anonymous said...

Saya ada sikit kekeliruan di sini. Pada tahun 1957 bukan Malaya(Tanah Melayu) sahaja yang merdekakah? Setahu saya "Malaysia" belum ditubuhkan pada masa itu kan...Malaysia hanya ditubuhkan pada tahun 1963...