Menu Utama

KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...KOMUNITI ONLINE KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UKM,Laman Blog rasmi Kolej Tun Hussein Onn Universiti kebangsaan Malaysia. Disiplin Asas Kecemerlangan...


jika anda tidak mendegar radio ini secara auto, sila klik jaringan RADIO MIDAS di jaringan di web ini.Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...Anda Sedang mendengar RAdio MIDAS, UKM LIVE!...

25 June 2008

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU SESI 2008/2009


Pihak Kolej Tun Hussein Onn mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa baru yang ke kolej ini khususnya dan ke Universiti Kebangsaan Malaysia amnya.

Kolej Tun Hussein Onn ini merupakan salah sebuah kolej yang terulung di UKM dan merupakan kolej terawal yang dibina sejak penubuhan UKM 38 tahun yang lalu. Walaupun kolej ini sudah agak matang bagi usianya namun KTHO menjadi tumpuan warga UKM.

KTHO merupakan kolej petempatan bagi PALAPES @ ROTU yang juga merupakan identiti bagi kolej ini. Para mahasiswa akan mengalami pelbagai pengalaman yang bermakna di kolej ini kerana KTHO merupakan antara kolej yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti bagi setiap semester.

KTHO mempunyai pelbagai kemudahan antaranya Pusat Kemudahan pelajar-Cyber Cafe, Kafeteria (dibuka 7.00am - 3 am , setiap hari) , Mesin air minumam RO, Mesin basuh layan diri, Rangkaian Wifi/wireless,kedai fotostat, perpustakaan kolej, bilik seminar, televisyen, bilik memorial (boleh memuatkan kira-kira 150 orang), stor simpanan barang dan loker (bagi meletak barang diluar semester (cuti), surau, kemudahan sewa basikal bagi riadah (dibuka setiap hari) dan K-Shop (mini market). Mesin ATM juga ada di Bangunan Canselori yang berada bersebelahan kolej.

KTHO berada dikedudukan strategik yang agak berdekatan dengan fakulti-fakulti kecuali Fakulti Undang-undang,Pendidikan dan Pusat Bahasa juga Fakulti Kejuruteraan yang agak jauh. Canselori dan pentadbiran UKM adalah bersebelahan dengan KTHO yang memudahkan urusan pelajar. Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) merupakan dewan utama UKM juga bersebelahan KTHO. Manakala masjid terletak kira-kira 500 meter.

Kolej Tun Hussein Onn ditadbir oleh Pengetuanya, Mejar Dr. Nasir bin Saludin, dan dibantu seorang Timbalan Pengetua Kolej. Selain itu, bagi pengurusan kolej diketuai oleh penolong pengurus, Encik Yusof dan beberapa kakitangan asrama di bawahnya yang boleh dihubungi di Pejabat Asrama KTHO.

Bagi melicinkan pentadbiran, Pengetua dan Timbalan Pengetua dibantu oleh beberapa orang felo yang dilantik juga bertujua bagi membantu para mahasiswa. Disamping itu, terdapat sebuah organisasi pelajar yang dipilih oleh pentadbiran kolej bagi menjaga kepentingan mahasiswa iaitu JAKSA atau Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i . JAKSA mempunyai persamaan dengan MPP universiti namun skopnya lebih kecil dan terarah kepada kolej.

Begitulah sedikit sebanyak info beraitan KTHO. Semoga para mahasiswa akan dapat menempuh dimensi baru hidup di universiti dengan cemerlang.

Disiplin Asas Kecemerlangan.





No comments: